• 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 8
  • 6
  • 7
1

Al-Quran Mushaf Wakaf & Ibtida

Regular price
RM 58.00
Sale price
RM 58.00
Regular price
RM 58.00
Secure payments | Syarikat Azri
Secure payments
Daily Shipout | Syarikat Azri
Daily Shipout

Al-Quran Al-Karim Mushaf Wakaf dan Ibtida Resam Uthmani Karya Bestari

Al-Quran bersaiz A4 (saiz kertas A4 biasa), cukup besar untuk dibaca dengan mudah oleh sesiapa sahaja. Sesuai untuk mereka yang nak baca kalimah suci Allah ketika solat (seperti imam di solat tarawih) tetapi dengan harga yang lebih berpatutan atau bagi mereka yang ada masalah penglihatan. Boleh ditinggalkan di rumah untuk mengajar anak-anak mengaji.

Al-Quran ini juga dilengkapi dengan tajwid berwarna untuk membantu melatih bacaan tajwid yang lebih tepat.

Ciri-ciri unik Al-Quran ini ialah ia dilengkapi dengan panduan Wakaf dan Ibtida'. Wakaf bermaksud memberhentikan bacaan di tengah ayat dan Ibtida' bermaksud menyambung bacaan setelah Wakaf. Al-Quran ini menggunakan kod warna untuk membantu pembaca mengenali tempat wakaf dan ibtida' seperti menandakan tempat wakaf yang terus diikuti oleh ibtida', atau tempat wakaf yang perlu diulang untuk ibtida', atau pilihan antara dua tempat wakaf.

Panduan Wakaf dan Ibtida' berwarna sesuai bagi mereka yang mempunyai nafas pendek atau ingin mengenali cara membaca Al-Quran dengan wakaf dan ibtida'.

Tahukah anda hukum mencuri nafas dalam bacaan Al-Quran adalah haram? Sebab itu Al-Quran ini dilengkapi dengan panduan Wakaf dan Ibtida' untuk mengelakkan anda tersilap dalam bacaan.

Terdapat cop dan hologram pengesahan daripada LPPPQ (Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Pencetakan Al-Quran) dari KDN.

Sila chat jika hendak pilih warna.