Cara Mudah Belajar Tajwid Iqra' Jilid 1-6
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 15.00
Share
Cara mudah belajar tajwid oleh Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah Al-Hashimi.
Buku ini memberi wajah baru kepada buku iqra' yang sendiri merupakan pengganti kepada muqaddam.
Dibahagikan kepada 6 jilid mengikut jilid asal iqra' namun disertakan pengajaran dan panduan di hujung jilid berkenaan hukum tajwid dan cara-cara menyebut huruf-huruf Arab dengan betul.
Jilid 1 menerangkan asas bacaan al-quran seperti pengenalan ilmu tajwid, makhraj, sifat huruf, dan tanda bacaan.
Jilid 2 menerangkan hukum idgham, izhar, ikhfa', iqlab, dan nun sukun dan tanwin.
Jilid 3 menerangkan ikhfa', idgham, izhar, dan mim sukun.
Jilid 4 berkenaan wajibul ghunnah dan qalqalah.
Jilid 5 berkenaan Mad asli, wajib muttasil, jaiz munfasil, iwad, arid lis sukun, dan badal.
Jilid 6 berkenaan mad lin, silah,tamkin, lazim, hukum ra, dan hukum lam al-jalalah.
Yang paling seronok, panduan ini ditulis dalam tulisan rumi, tidak seperti iqra' lama yang menggunakan tulisan jawi!
Jadi mereka yang kurang arif dengan tulisan jawi boleh belajar al-quran tanpa masalah.
ISNB: 978-983-822-061-3