Al-Quran Multazam A5 (Waqaf dan Ibtida dengan Hadis)
- Regular price
- RM 42.90
- Sale price
- RM 42.90
- Regular price
-
RM 42.90
Share
Al-Quran Al-Karim Mushaf Resam Uthmani Karya Bestari
Al-Quran bersaiz A5 (1/2 saiz kertas A4 biasa), cukup kecil untuk dibawa di tangan tetapi cukup besar untuk dibaca dengan mudah. Sesuai untuk mereka yang nak belajar mengaji atau bagi mereka yang nak membaca Al-Quran di surau-surau dan masjid sementara menunggu masuk waktu solat.
Al-Quran ini juga dilengkapi dengan tajwid berwarna untuk membantu melatih bacaan tajwid yang lebih tepat.
Ciri-ciri unik Al-Quran ini ialah ia dilengkapi dengan panduan Wakaf dan Ibtida'. Wakaf bermaksud memberhentikan bacaan di tengah ayat dan Ibtida' bermaksud menyambung bacaan setelah Wakaf. Al-Quran ini menggunakan kod warna untuk membantu pembaca mengenali tempat wakaf dan ibtida' seperti menandakan tempat wakaf yang terus diikuti oleh ibtida', atau tempat wakaf yang perlu diulang untuk ibtida', dan pilihan antara dua tempat wakaf.
Panduan Wakaf dan Ibtida' berwarna sesuai bagi mereka yang mempunyai nafas pendek atau ingin mengenali cara membaca Al-Quran dengan wakaf dan ibtida'.
Tahukah anda hukum mencuri nafas dalam bacaan Al-Quran adalah haram? Sebab itu Al-Quran ini dilengkapi dengan panduan Wakaf dan Ibtida' untuk mengelakkan anda tersilap dalam bacaan.
Untuk mereka yang tertarik untuk belajar lebih dalam mengenai Al-Quran, Al-Quran Multazam ini dilengkapi dengan hadis-hadis seperti Asbabunnuzul (sebab-sebab ayat diturunkan), Hadis Nabawi (hadis daripada Nabi), Hadis Qudsi (hadis daripada Allah), Riyadus Salihin (Taman-taman Golongan Soleh, hadis-hadis Nabawi yang menerangkan ayat Al-Quran), tafsir mengikut tema, Arba'in Nawawi (40 hadis terpilih Imam Nawawi), Asmaul Husna (99 nama Allah), dan Asy-Syamail Muhammadiyyah (kumpulan Hadis berkenaan kehidupan Nabi oleh imam Tirmidzi).
Terdapat cop dan hologram pengesahan daripada LPPPQ (Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Pencetakan Al-Quran) dari KDN.
Sila chat jika hendak pilih warna.