-5%

ANUGERAH SET BERSALIN

RM293.00 RM278.00

Set Bersalin Medium Anugerah mengandungi :

1. 1 Botol Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah 250 ml

  • Membantu mengecutkan rahim, membuang angin dan toksin serta menghilangkan bisa-bisa di dalam badan.
  • Merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.
  • Meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.
  • Dihasilkan daripada temulawak, lada pintal, herba kayu serapat dan tahi angin.

 

2.  1 Botol Minyak Telon Anugerah 50 ml

  •  Menghangatkan tubuh bayi, melembab dan melembutkan kulit bayi.
  •  Menghindari bayi daripada mengalami kesejukan yang boleh menyebabkan kembung perut, angin pasang dan sawan angin.
  •  Melindungi bayi dari gigitan nyamuk dan serangga.
  •  Dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut.

 

3.  1 Botol Minyak Pilis Anugerah 30 ml

  • Membantu ibu menghilangkan sakit kepala, kabur mata dan angin.
  • Melegakan sakit otot, melancarkan pengaliran darah dan memberikan kesan panas.
  • Didatangkan dalam bentuk minyak supaya mudah meresap ke dalam badan dengan aroma yang nyaman dan menenangkan.
  • Dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado.

 

4. 1  Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150 ml

  • Membantu mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tak menentu.
  • Membantu mendapatkan semula bentuk badan yang diidamkan dan menghilangkan garis-garis hitam (stretch mark) pada kulit.
  • Tekstur losyen yang lembut, halus dan tidak melekit memudahkan penyerapan ke dalam kulit untuk mempercepat proses pemulihan.
  • Dihasilkan daripada minyak kayu putih, limau purut, serai wangi, daun bidara dan minyak avokado.

 

5. 1 Botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200 ml

  • Mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.
  • Membantu mengurangkan sakit sendi, bengkak, senggugut, sakit pinggang dan ‘ular-ular’.
  • Meningkatkan semula tenaga setelah bersalin.
  • Dihasilkan daripada lengkuas, minyak avokado, halai bara dan serai.

 

6. 1  Botol Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah 100 ml

  • Mengelakkan jangkitan kuman pada luka dan faraj.
  • Digunakan untuk membersihkan faraj dari darah nifas selepas bersalin.
  • Membantu merawat masalah keputihan, menghilangkan bau dan gatal-gatal.
  • Menolong mengetat dan merapatkan otot-otot sekitar faraj yang kembang selepas bersalin.
  • Dihasilkan daripada ekstrak sireh, ekstrak pinang, manjakani dan herba serapat.

 

7. 1 Botol Minyak Selusuh Anugerah 30 ml

  •  Membantu memudahkan ibu bersalin di samping meringankan kesakitan ketika saat-saat bersalin.
  •  Memberikan tenaga segera ketika hendak bersalin.
  •  Dihasilkan daripada minyak kelapa dara.

 

8. 1 Uncang Mandian Sauna Herba Anugerah

  • Mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.
  • Membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin.
  • Melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit.
  • Dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin.

 

9. 1 Unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu

  •  Membantu melancarkan peredaran darah, melegakan otot dan membuang angin dari dalam badan.
  •  Mencantikkan kulit dan menghilangkan gatal-gatal, kudis, sakit sendi dan ruam.
  •  Menggunakan batu lava gunung berapi yang berupaya untuk menyimpan dan menyebarkan haba dengan baik dan bertahan lama berbanding batu biasa.

 

10. 1 Unit bengkung

  •  Diperbuat daripada kain belacu yang tahan lasak, tidak luntur warna dan memberikan sokongan 360 darjah pada tubuh ibu selepas bersalin.
  •  Merapatkan kembali tulang pinggul dan pinggung wanita yang baru bersalin.
  •  Mengempiskan perut dan menaikkan bahagian dada.
  •  Menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot badan selepas bersalin.
  •  Menghalang peranakan daripada ‘turun’.
SKU: 6940 Categories: ,
  • Reviews (0)

Reviews

There are no reviews yet.


Be the first to review “ANUGERAH SET BERSALIN”